| Thursday, 30-Jun-2005 00:00 |
|
Lumba Foto Jun 2005 | Kenderaan
|
|
TEMA LUMBA FOTO JUN: KENDERAAN
Para peserta boleh letak gambar kenderaan apa sahaja. Apa yang penting ianya adalah bersifat sesuatu yang boleh ditunggangi (opss..)!
PEMENANG LUMBA FOTO JUN : KENDERAAN
Hakim : AyAres151 dibantu oleh juri-juri profesional.
Pada Alifnya, ese amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak pentadbir Lumba Foto atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada ese untuk menghakimi lumba foto jun ini walaupun ese masih muda dalam bidang ini, baru setahun jagung dan dalam proses pembelajaran.
Dari awalnya lagi ese dah bersiap sedia melantik juri-juri bagi mengadili foto dari peserta. Juri terdiri dari blogger yang lebih arif lagi dan juga terdiri dari profesional & amatur photographer yang ese kenali.
Dalam tema kali ini ( KENDERAAN ), kebanyakkan juri menekankan dari sudut :
1. FRAMING - mcm kita masukkan gambar dalam frame, tentu kita nak subjek nampak jelas dalam frame. Maka begitu la dalam teknik fotografi, Framing amat penting. Ada setengah peserta shoot Subjek tp memasukkan sekali background yang membuatkan penonton tidak fokus kepada Subjek yang ingin ditonjolkan. Apa yang kita nak adalah SUBJEK dan background adalah cerita sebaliknya.
2. COMPOSITION - isi kandungan yang terdapat dalam gambar membuatkan gambar itu hidup. Kalau kita shoot kenderaan bergerak, kita nak tau pergerakkan ia laju atau perlahan. Jika kenderaan itu berhenti, kita nak tau dia berenti di mana ( tepi jalan, traffic light, di jeti, di kawasan parking? ).
Aspek ini juga memainkan peranan penting untuk menimbulkan mood kepada penonton.
Cth : gambar kanak2 menangis. - kalau kita shoot hanya kanak-kanak menangis disebuah bilik, kita hanya rasa sedih biasa saja, tp kalau kita shoot kanak2 menangis bersama background Ombak dibelakang dan sedikit kemusnahan, kita akan merasai kesedihan yang amat bila mengenangkan Tsunami. Inilah dikatakan cerita disebalik foto.
Itu cuma contoh biasa.
Dan juri juga menekankan dari sudut 'ANGLE'.
- Angle juga TERamat penting. Kalu shoot kereta dari belakang, gambar itu tidak menampakkan keseluruhan kereta. Kalu takde logo, org taktau kereta apa. Kalu shoot dari depan, orang tak nampak bontot kereta tu. Kalu katakan nak shoot product kenderaan, ANGLE paling menarik dan berkesan adalah dari hadapan sebelah kiri atau hadapan sebelah kanan dan belakang sebelah kiri /kanan. Maknanya kita boleh lihat subjek dari 3 sudut yang berbeza.
Ramai orang bleh shoot kenderaan dan ramai yang shoot kenderaan statik ( yg tak bergerak ). Tapi Tak ramai yang shoot kenderaan tengah memecut laju ( agak susah juga sebenarnya ). Sebenarnya ese mengharapkan ada peserta yang post foto PANNING iaitu kenderaan memecut laju dan subjek nampak jelas tetapi background akan blur motion. Tp amat sukar nak dapatkan foto panning bagi kita semua yang beginner.
Okies. Ini keputusannya yg telah dihitung kira oleh juri-juri.
PERTAMA : Kenderaan Atas Kenderaan by Tilotama
Komen :
FRAMING yang tepat. Beliau tak shoot keseluruhan subjek tetapi mengambil sebahagian kenderaan dan sedikit tingkap ( mungkin ). Gambar ini seolah frame di dalam frame. COMPOSITION , menceritakan feri membelah laut, tidak berapa laju dan membawa kenderaan yang banyak memberitahu ianya adalah Feri Pengangkutan kenderaan.
KEDUA : Lumba Rezeki by Rudy Bluehikari
Komen :
Framing. Ese rasa penonton boleh menjawab sendiri. Subjek jelas ditengah2. Dikuatkan lagi dengan sebuah bas dan kereta.
Composition. Apa yang kita nampak dulu? Bagi saya dan juri2, kami nampak basikal yang unik. Bas/kereta itu biasa. Jadi tumpuan diberikan kepada pengayuh basikal dan basikalnya. Tema adalah kenderaan. Ada 3 jenis kenderaan yg mempunyai fungsi yang berbeza. Dan banyak cerita disebalik gambar ini. Penonton boleh ungkapkan sendiri.
KETIGA : Nelayan Dah Pulang by MSN
Komen :
Framing, 2 subjek utama masih jelas dan tidak out of frame.
Composition, di sini beliau menggerakkan kamera ke kanan bagi menceritakan perahu nelayan itu berada di muara sungai. Dan b/g matahari menunjukkan waktu senja. Dan bukan hanya 1 perahu tp beberapa buah perahu lain juga sudah pulang.
Katakan kalau beliau ambil gambar dari sebelah kanan dan fokus kearah pokok hijau, sudah tntu kita tidak tahu tentang waktu dan dimana persekitaran itu. Mungkin sungai biasa dan bukan di muara.
-gambar sedikit blur dan underexpose.
Juri-juri mintak ese lotakkan gambar yang terpilih tetapi menyatakan kesilapan gambar itu agar peserta boleh mempelajarinya nanti. Antaranya :
1. Akan Terus Ku Nanti by Blueshades
- bila lihat foto ini, ese kagum terpegun. Tapi ia kurang menepati tema. Foto ini lebih sesuai kepada tema Pemandangan. Penonton lebih tertarik untuk menggerakkan mata sekitar pantai dan laut dan awan. Kalau difokuskan lebih dekat dan dari angle bucu belakang bot itu lagi menarik dan mungkin akan jadi tempat kedua.
2. Bot Buruk by Tok Rimau
- Ese tertarik amat dengan foto ini tapi juri memberikan komen, bot ini tidak lagi menjadi kenderaan. Framing ok. Angle sepatutnya kebawah sedikit agar nampak b/g belakang bot. Composition ada. Juri mencadangkan agar bot ini kembali masuk bertanding kepada tema USANG bulan ini. MUNGKIN ada harapan menang tp bergantung pada juri-juri semasa.
3. Gen2 by Didiz
- Angle menarik. tp framing sedikit lari. Sepatutnya lebihkan sedikit lagi ke kanan. Starburst menarikkan perhatian penonton agar menonton kesitu dan disitu ada subjek.
4. Sedia by Buttet
- modern classic. angle menarik cuma tiada cerita yang boleh disampaikan. Rata2 orang boleh tangkap gambar seperti itu dan dimana saja ada walaupun kenderaan berbeza seperti foto Skuter Klasik by Tok Rimau.
|